Friday 12 April 2013

bercuti di langkawi

(09/01/2013)

Dengan lafaz bismillahirahmanirahim aku memulakan perjalanan menuju ke sungai petani bersama isteri dan anak-anak...Pagi tu hujan mmg lebat maklum je la musim tengkujuh belum pun reda lagi.. Anak2 terlalu excited nak ke langkawi...
Berhenti sarapan bandar Jertih,hujan masih belom berhenti , sementara tu isteri aku sibuk nak cari kedai runcit nak beli bekal dalam kete nanti.. selesai sarapan kami terus kan perjalanan.. menyusuri bukit bukau tanah pamah tuk naik ke banjaran titiwangsa.. keadaan sana mmg cukup2 sejuk(rasa mcm nak naik genting je)
Alhamdulilah kami selamat sampai di sungai petani(pukul 4.00 petang)..dan terus ke rumah ayoh teh tuk rehat2 sebelum kami bertolak ke langkawi... duk rumah tu dgr celoteh mulut mok teh jela mcm burung murai(hahahahaha... x aci marah k mok teh) ape2 pun kami suka bila dtg rumah mok teh.. mcm2 die hidang.. kami bermalam di situ pada mlm 2...


(10/01/2013)

"Aboh... Aboh.... bangun la nok g langkawi dok???" suara sayup2 je.... aku buka mata, tengok anak ku abang kejut kan ku die mmg terover excited nak ke langkawi... "g mandi nung kekgi bot tinggal kite plok" aku senyum je la..

Selepas sarapan kami pun bertolak ke Kuala Kedah... melalui highway... Dalam perjalanan nak ke Kuala kedah tu 5-6 kali jugak ABANG duk tanye kat aku "lambat lagi ke nak sampai" aku cuma jawab "bot tunggu kite doh,mmg die x tinggal doh kite"... Sampai je susur ke ALOR STAR, KUALA KEDAH(lambang feri),KANGAR, PULAU LANGKAWI.. "Aboh tu toh gambo bot"... tiba2 teerdengar suara tu dr belakang.. aku  menjawab "ok nak masuk jalan ni la ni"

sign board susur ke aloq staq
masuk je terus ABANG kejut kan adik2 die yang sedang tdo kat belakang" Amie bangun la nok naik bot doh ni, Ibu gerrok ariz tu" "tunggu la dulu" isteri ku bersuara.. Selepas bayar tol.. kami terus menyusuri jalan yg penuh dengan kenderaan tu smpai jumpa plok 1 lg signboard..
nak smpai doh..

Sampai saja trafik light kat terminal feri ad la sorg mamat ni dtg ketuk tingkap " nak p langkawi ka??" aku jawab la ye.. "abg follow saya nak tunjuk tempat parking reta" aku pun follow je la. parking belakang bangunan .... tp ok la port 2.. "kena bayaq 30 ringgit"  aku kata ok je... die tolong bawak bag aku ke tarminal.... i.. aku  jalan kaki je ke trminal feri 2.. sampai semua dah setel cuma kau bayar rm 270 je kat abg sorg lagi untuk kete sewa , hotel kami kat cna .... aku sampai ngam2 feri nak bergerak...

Naik feri.... dalam kepala aku duk pikir betul ke dieorg ni entah2 aku kena tipu... aahhhhh x yah layan sangat la...

abg yg excited









Fuhhhh letih geler duk dlm feri 1 jam 30 minit nak kesampai ke kuah... lama siot... Smapi plok tungu org datang ambik 15 minit jgk tunggu...Datang ambik dgn van, mcm orang besor plok rasa haahahaha... lepas ambik kete(MYVI)terus balik hotel rahat kejap..
dari bilik hotel


kul 2.30 petang kuar cari tempat nak mkn lapar..... ke pantai cenang makan tengahari kat sana.... murah giler makanan kat cna... 2 dewasa 2 kanak2 mkana baru 12 ringgit.. lauk mmg best2 la ambik.... Lepas makan bergerak ke makam mahsuri x kenal pun tp buat2 kenal... bergantung kat sign board jela....
makam mahsuri
telaga mahsuri

rumah mahsuri


Lepas keluar dari perkampungan mahsuri menuju ke HAJI ISMAIL GROUP.. membeli coklat n barang2 yang org ORDER......Smpai kat kedai HAJI ISMAIL GROUP.. Abang, kakak, adik terpengun tengok coklat banyak kat ctu.balik hotel kul 7.00 malam

Pukul 9.00 malam Keluar g jalan2 uptown  depan hotel n ke dataran ICT...... lepas 2 balik tdo.. anak2 keletihan..
tersenyum manis

bersama anak2

anak2 ku


(11/01/2013)

Sarapan pagi kat hotel, n than terus ke kaunter tiket feri nak beli tiket balik... lepas semua setel sekali lagi g HAJI ISMAIL GROUP nak beli yang ORDER pakai telefon plok... ad jugok yang pakai order gtu.. lebih kurang 1 jam dlm kedai 2 kami pun menuju ke dataran helang nak ambik gambar buat kenangan
sorg 2 mmg bawal hal sendiri

baru buleh ambik gambar duk diam

abang adik kakak


aku , isteri dan anak2




Selepas tu balik ambik beg kat hotel n checkout ... hantar kete kat tempat sewa,dieorg hantar kami kat terminal..... pukul 2.30 petang kami naik feri ke kuala kedah..... dalam pukul 4.15 kami smpai di jeti Kuala kedah.... dan terus ke sungai petani dan tdo di rumah mak sdara aku ateh.. 



12/01/2013
Pukul 10.00 pagi, selepas kami sarapan kami pun bergerak dari sungai petani ke dungun.........




Tuesday 9 April 2013

Pesan Untuk Diri Sendiri Dan Semua

Dunia ini hanya sementara...............
Ingatla Teman, satu hari nanti kita akan pergi JUA,
Tidak perlu bermegah dengan harta DUNIA,
Tiada sudah Teman untuk menemani nanti Di SANA,
Hanya sekujur Jasad berkain putih SAHAJA,
Tiada tag Gucci, Armani, LV yang TERTERA,

Semua ini hanya pinjaman ,
Berbuat-baik tak perlu BERKATA,

Orang sekeliling boleh MENILAINYA,
Jangan membuka aib SESIAPA,
Biarkan mereka yang MENGATA,
Jangan kita ikut BERSAMA,

Ini hanya peringatan ,
Setiap kebaikan tidak perlu harapkan BALASAN,
Buatlah ia dengan penuh KEIKHLASAN,
Setiap nikmat disambut dengan KESYUKURAN,
Tabah dan sabar menerima KEJIAN,

Berpada-pada bila BERBICARA,
Jangan sampai menguris RASA,
Mungkin kita tidak PERCAYA,
Teman menahan apa DIKATA,.

Pada Teman, Kemaafan diMINTA,
Jika Teman ini terlebih BICARA,
Yang Baik datang dari NYA,
Yang buruk itu dari kita SEMUA
Ingatla tiada yang SEMPURNA,

Warkah ini buat teman TERCINTA.

Monday 8 April 2013

TERIMA KASIH MA

terima kasih jaga abang dari kecik

MA,,,,,,,,,,,,

Sembilan bulan sepuluh hari engkau mengandungku
Tak ada rasa mengeluh di hatimu
Rasa sakit yang kau rasakan pada saat itu engkau lupakan
Demi untuk seorang anakmu hadir di bumi ini………………

MA,,,,,,,,,,,,,,

Jutaan kasih sayang yang engkau berikan kepadaku
Melebihi dari apapun di dunia ini

MA,,,,,,,,,,,,

Anakmu ini selalu berdoa kepada yang kuasa agar engkau selalu di lindungi oleh yang Kuasa saat kau bekerja.
Agar engkau selalu diberikan kesihatan dan kekuatan , agar engkau diberikan rezeki yang melimpah dari yg ilahi
doaku selalu menyertaimu MA ku

MA,,,,,,,,,,,,,,,

Terima kasih banyak ,atas perjuangan yg engkau berikan kepada ku
Aku berjanji akan selalu menyayangi mu , selamanya
hingga akhir waktu,,,,,,,,,,

Nukilan sa , Illa , adik


Salam rindu buat Abah



ABAH………..
sejak kepergian mu
terasa begitu sepi
hati kami sangat merindukan mu
apa lagi saat berkumpul
ABAH…………..
perkataan saat detik-detik kepergian mu
masih terngiang di telinga ini
amanah yang engkau berikan
terasa amat berat untuk anak mu bawa……
namun anak mu tak akan menyerah
mengemban apa yang engkau berikan
ABAH…….
doa kami selalu untuk mu
Ya… Allah………
ampuni dosa dan salah abah kami di masa hidup nya
jauhkan dari azab kubur Mu
lapangkan di alam nya
terangilah dengan Nur Mu
Ya….Allah……….
tempatkanlah abah kami di sisi Mu
disisi Mu lah tempat sebaik-baik nya kami kembali
amin yarabul alamin

INTRODUCE MY SON

1 : AHMAD AZAMUDDIN AIMAN BIN AHMAD KHUSAIRI

umur 6 tahun

abang yang boleh harap menjaga adik2.. alhamdulilah aboh sayang abang








2 :NUR NAJMI NATRAH BINTI AHMAD KHUSAIRI





kakak yang pantang jumpe alat solet ibu... ape2 pun kakak terbaik jaga adik tq kakak











3 : AHMAD ARIZUDDIN RAMADHAN BIN AHMAD KHUSAIRI

time die tdo baru blh ambik gambar
dan hok ni la yang membuatkan kakak dan abang bergaduh.....









Sunday 7 April 2013

Segumpal darah (HATI)

Didalam tubuh manusia terdapat seketul darah iaitu "HATI" . Apabila baik darah itu maka baik la keseluruhannya, dan sebaliknya apabila darah itu jahat , maka jahat la keseluruhannya . 

Hati adalah penentu kualiti diri seseorang . Oleh kerana itu, bagi memperbaiki manusia secara keseluruhan terletak pada keberkesanan hatinya.  Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak beerti apabila tidak diikuti dengan pembinaan hati. Keberkesanan pembinaan kualiti diri manusia bergantung pada kejayaan pembinaan hati seseorang itu. Tidak ada maknanya sekira dikurniakan tubuh badan yang sihat tetapi tidak pada hatinya.


Segala apa yang kita lakukan adalah terletak pada niat dan hati. Apabila niatnya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, amalannya adalah tinggi nilainya. Sebaliknya jika niat itu lari dan hanya inginkan pujian semata dari orang dan bukannya kerana ingin mendapat keredaan Tuhan, maka amalannya adalah tidak bernilai sama sekali. Ketahuilah bahawa niat yang baik terletak pada hati kerana hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas. Daripada niat yang ikhlas melahirkan kekuatan yang begitu besar.
Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal didalamnya. Keimanan tidak dapat bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Berusahalah membersihkan hati dengan berzikir, merenung dan mengkaji tanda-tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Latihlah hati menerima dan menterjemah hikmah daripada setiap sesuatu kejadian dikeliling kita kerana hanya dengan ini hati akan sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit hati.

Saturday 6 April 2013

introduce myself

Assalamualaikum pembuka bicara.....
1st time tulis blog. time kasih azia kerana sanggup ngajor aku.. walaupun sakit telinga kena marah tp aku pasrah kerana aku nak belajar... aku nak introduce myself dulu la sblom aku terlajak jauh...Namaku   khusairi / kusa / abg long umur ku 30 tahun... berkawen dengan nor faaltihah dan dikurniakan 3 cahaya mata (AZAM , AMIE , ARIZ)... ketiga2 anak nak aku mmg cukup2 hebat dengan kebuasan die.. buas2 anok aboh dgn ibu pun mmg buleh harap... anak aku yg prmpuan (KAKAK) rapat sangat dengan su nita... adik (ARIZ) pulok rapat dengan illa...... kalu yg sulong(AZAM) pulak mmg x leh berjauhan dgn aku.. susah2... ape2 pun aboh dgn ibu syg  kamu semua... love u myson

di makam mahsuri